Categories

Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Sunday, January 19, 2014

MULTIBEST SERVICES



Multibest Services ( dahulu SD Enterprise & Services ) adalah sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan, pemasangan, servis Sistem Pintu Pagar Otomatik atau Automatic Gate System. Dimiliki oleh saya iaitu Shahari Dulmukti dan syarikat ini telah ditubuhkan pada Disember 2012. Syarikat ini juga memberi perkhidmatan servis selepas jualan termasuk alatganti (After Sales Service). 
E-Mail : multibestservices@gmail.com





Automatic Gate System dikategorikan sebagai satu sistem yang perlu pada setiap pemilik rumah masa kini bagi memudahkan pemilik untuk menutup / membuka pintu pagar tanpa perlu turun kereta untuk menolak dan menarik semula pintu pagar selain faktor keselamatan. 

Pintu pagar rumah direka dengan berbagai jenis, bentuk, lebar, panjang dan ketinggian, semua ini bergantung kepada keluasan tapak rumah dan kehendak pemilik rumah. Jenis / kategori pintu pagar iaitu Swing type (Dua pintu), Folding type (Dua pintu berlipat), Sliding (Lurus) dan Sliding-folding (Lurus berlipat).

Automatic Gate juga telah direka dengan beberapa jenis untuk disesuaikan dengan jenis pintu pagar rumah seperti Sliding motor untuk pagar jenis lurus dan lurus berlipat manakala Hydraulic Arm untuk Swing type dan Folding type.